
Rasanya lama dah tak update blog ni.. pandang kanan pandang kiri YA ALLAH banyaknya sawang
hehehehehehehehehehe....

sebenarnaya bukan tak nak update blog tp disebabkan banyak hal yang berlaku kebelakangan ini terpaksalah bella stop aktiviti berbelog ni ha.. disebabkan minggu ini dah takde keje dan kebetulan tengok banyak gambar makanan yang diambil tapi tak ditulis entrynya maka timbullah rasa rajin nak menaip...
kita mulakan entry kali ini dengan resepi puding roti butterscotch & sos kastad. Sebelum ni bella hanya gunakan roti gardinea biasa je nak buat puding roti, tapi kali ini bella guna roti butterscotch. Ini disebabkan pengaruh di dapur "mat gebu"dapur tanpa sempadan.. alhmdulillah berkat ambil respi dia jadilah puding roti tersebut.. sangat sedap. jom bela kongsikan resepi tersebut:
BAHAN-BAHANNYA:
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong 6
2 sb coklat cip
1 cawan susu segar *
1 biji telur gread A*
1 sb gula halus*
1 sk esen vanilla*
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan*
Sedikit mentega
BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :
1 cawan susu segar
2 camca besar air
1 sb gula halus
1 sb tepung kastard
1/2 sk esen vanilla
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong 6
2 sb coklat cip
1 cawan susu segar *
1 biji telur gread A*
1 sb gula halus*
1 sk esen vanilla*
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan*
Sedikit mentega
BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :
1 cawan susu segar
2 camca besar air
1 sb gula halus
1 sb tepung kastard
1/2 sk esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :
- Untuk puding roti: Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau sehingga sebati, ketepikan. Lenser loyang dengan mentega. Susun setengah bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip. Susun baki roti. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti. Biar hingga cecair terserap. Taburkan baki coklat cip diatasnya dan letakkan mentaga sedikit diatasnya.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 C, selama 30 minit. Bila pudding masak, biarkan didalam oven sekejap selepas itu keluarkan dan biarkan hingga sejuk.
- UNTUK SOS KASTARD :- satukan air dan kastad dan kacau sehingga sebati, ketepikan. Masukkan bahan lain seperti susu + gula dan kacau selepas itu tambah kasad yang telah diketepikan tadi. kacau sehingga sebati kemudian masukkan esen. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat.
No comments:
Post a Comment