Thursday, 31 January 2013

Pizza gebu




salam perkenalan dari saya Bella. Hari ni 1st time nak tulis entry berkaitan masakan. Bukanya terror nak kata pakar lagilah jauh haha.. Cuma sekadar perkongsian untuk rakan-rakan yang baru nak mencuba  belajar memasak. 


zaman sekarang semua orang boleh masak.. klik je pd laptop atau hp terus dapat cari respi-respi yang kita nak kn? sapa setuju sila angkat kening.. keh3

 (opocot... tekejut kak bedah..)

rasanya dah cukup la bella duk membebel td.. sekarang kita mulakan dengan agenda kita (cewah...) rasanya hari ini bella nak kongsi satu respi yang memang meletop.. ni semua hasil tinjauan dan ajaran kak ita.. knal tak kak ita? tipu la kalau tak kenal pemilik blog masam manis yang memang manis ni http://fromintankitchen.blogspot.com/.. (blog cantik.. deco y kreatif.. sangat admire!)


kita nak masak pizza kn hari ini? (tetiba jd pelupa pulak lepas membebel tadi hihi)

bahan-bahan doh pizza:

bahan A
170ml air suam
6g instant yis
10g gula
1/4 garam
1 1/2 camca besar madu
1st anda perlu campurkan semua bahan di atas dan letak ditepi. (letak tepi je jangan buang pulak ;p)

bahan B
300g tepung gandum
20g mentega
1 camca teh bread improver
1camca teh dough softner
(gaulkan semua bahan kering ini sehingga serata)

A+B=C 
untuk step seterusnya anda perlu memasukkan bahan A ke dalam bahan B. Pastikan bahan A dimasukkkan sedikit demi sedikit kedalam bahan B sambil bahan B digaulkan sehingga sebati. uli bahan tersebut dalam 10 minit sehingga betul-betul sebali dan membentuk dough yang cantik dan tidak melekat dijari.. sambil menggaul itu sebaiknya kita berzikir.. dapat jugak pahalanya kan... 


selepas dough dah siap diuli, bentukkan dia membulat dan dibiarkan didalam bekas yang ditutup dengan kain yang lembap selama 1 jam. Tunggu dough naik satu kali ganda dan naik dengan sempurna barulah boleh dibentukkan roti pizza tersebut. 


(nilah rupa dough yang dibentukkan roti pizza. sila bakar dalam masa 10 minit dengan suhu160c)

untuk inti pizza:
5 camca besar tomato puri
5 camca besar sos cili
5 ulas bawang putih yang diracik halus
2 camca besar minyak masak untuk menumis
1/2 camca teh garam
1/2 origano
ayam yang dicincang halus (optional nak letak banyak mana pun) 

cara-cara:
tumis bawang putih sehingga naik bau yang sangat wangi. kemudian masukkan ayam dan kacau sehingga ayam masak. selepas itu masukkan tomato puri+sos cili+air+garam+origano.. kacau sehingga ianya menjadi pekat. 




(bahan-bahan yang akan disusun di atas roti pizza)


(bakar pizza selama 5-10 minit dengan suhu 160c)

sekian untuk entry kali ini.. jumpa lagi wsalam

No comments:

Post a Comment