
Hari ini bella nak kongsikan respi kek batik. Sebenarnya dah sangat lama teringin nak cuba buat kek ni. Semua orang cakap kek batik sangat senang nak dibuat.. senang ke? tak pernah cuba tp selalu makan. Macam-macam rasa ada, ada yang manis ada yang pahit, ada yang berlemak.
Maka bermulalah pencarian respi di alam maya ini. Macam-macam respi bella jumpa. Ada yang guna telur, ada yang guna susu dan macam-macam lagilah. So tangan ni agak rajian savekan semua respi tersebut. Yang pasti semua respi tu nampak sedap..
Hari berganti hari, bulan berganti bulan tapi projek kek batik tak jalan-jalan. Bukan malas tapi disebabkan kesibukan semasa belajar membataskan diri ini untuk memasak (alasan boleh terima tak? ;p ). Skarang dah jadi penganggur tu sebab dah boleh masak macam-macam tapi yang tak best bila masak je kena makan maka badan pon jadi bam-bam ^_____^
(busy macam ni la hehe)
baiklah tanpa kita lengahkan masa kita tengok respi kek batik yang sedap sampai menjilat jari =)
bahan-bahan:
loyang 7/8"
1 bungkus biskut marie
setengah buku butter
2 biji telur
1 cawan serbuk koko
3/4 cawan milo
1 cawan air
1/2 cawan gula
2 sudu besar susu pekat manis
20gram dark chocolate
cara-cara:
Campurkan 1 cawan serbuk koko+3/4 cawan milo+1 cawan air+3/4 cawan gula+ 2 sudu besar susu pekat manis+20gram dark chocolate.
*kacau di atas dapur dengan api yang kecil. Kacau laju-laju macam kipas yang nom 4 =)
apabila dah sebati masukkan butter dan kacau lagi. Selepas butter dah cair masukan pula telur dan kacau laju-laju lagi sehingga adunan pekat.
Celupkan satu persatu biskut marie ke dalam adunan chocolate tersebut. Kemudian disusun ke dalam loyang, sebelum disusun di dalam loyang pastikan loyang dilapaiskan dengan baking paper atau plastik. Ini dapat mengelakkan kek melekat pada loyang (berdasarkan pengalaman lepas hehe). Apabila biskut siap disusun maka tekan dan mampatkan biskut tersebut. Apabila selesai maka masukkan ke dalam peti ais dan biarkan selama 4 jam.
hasilnya:
selamat mencuba =) wsalam
No comments:
Post a Comment