Sunday, 12 May 2013

Resepi apam dot-dot comel


     Hujung minggu begini kebanyakan yang bekerja menghabiskan masa untuk berehat bersama keluarga. Pentingnya kita luangkan sedikit masa bersama keluarga supaya dapat menyemai kasih sayang diantara ahli keluarga. Melalui pembacaan bella di beberapa blog, disini bella ingin kongsikan beberpa tips untuk membentuk keluarga bahagia.. Tips ini dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah, 7 tip ini berdasarkan contoh keluarga rasulullah SAW yang memberi keseimbangan di dunia dan akhirat:


“Asas pertama membina keluarga bahagia ialah keimanan serta ketakwaan kepada Allah. 

“Dalam surah Ali-Imran ayat 133, Allah berfirman yang maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa.” 

“Hanya mereka yang memiliki keimanan dan ketakwaan kepada Allah mampu melayari kehidupan berumah tangga yang bahagia,” katanya.

Dalam memilih pasangan hidup, katanya Rasulullah SAW memberi panduan iaitu pilih yang beriman dan bertakwa kepada Allah. 

“Jika kita pilih pasangan yang memiliki ciri-ciri ini, akan bahagia dunia dan akhirat,” katanya. 

Asas kedua ialah kasih sayang yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w melalui kata-kata dan perbuatan. 

“Suami boleh memanggil isteri dengan panggilan sayang atau intan kerana ia memberi suasana harmoni dalam rumah tangga. 

“Selain memanggil pasangan dengan panggilan elok, kasih sayang juga perlu ditunjukkan menerusi kebiasaan memberi hadiah, sentuhan, khidmat serta meluangkan masa bersama,” kata Wan Akashah. 

Katanya, untuk hidup seimbang, umat Islam perlu ada empat unsur iaitu fizikal (menjaga makan minum), emosi (n kasih sayang), rohani (ibadat kepada Allah) dan akal (ilmu). 

Selain itu, pasangan suami isteri perlu menjaga pergaulan, amanah dan tanggungjawab, menyediakan rezeki halal, berdoa kepada Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa. 

Siti Nor Bahyah berkata, dalam pergaulan suami isteri, berbicara dengan penuh lemah lembut dengan mengikut cara Rasulullah s.a.w melayan isterinya, Khadijah. 

“Ketika Khadijah ingin menghidangkan makanan kepada Rasulullah, Jibril memberitahu Baginda akan kedatangan Khadijah yang membawa makanan. 

“Jibril meminta Baginda menyampaikan salam Jibril dan salam daripada Allah yang sudah membina istana untuk Khadijah di syurga. 

“Jibril memberitahu Allah memberi penghormatan kepada dua perkara yang dilakukan Khadijah kepada Rasulullah SAW iaitu tutur katanya yang lembut dan layanan baik,” katanya. 

Justeru, katanya suami isteri yang mahu balasan syurga, berkatalah dengan lemah lembut dan berikan layanan baik kepada pasangan. 

Menurutnya, umat Islam juga perlu memberi perhatian kepada sumber rezeki kerana ia membantu keluarga mencapai kebahagiaan. 

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa makan yang dimakan akan menjadi darah daging. 

“Makanan yang haram tempatnya di neraka sementara makanan daripada sumber halal serta suci membolehkan doa dimakbulkan.

APAM DOT-DOT:

Sebenarnaya dah berkali-kali Bella buat apam dot-dot ini. Tapi tak berkesempatan untuk uplodkan resepinya di alam maya ini. Apam dot-dot ini sangat popular sekarang, macam-mcam versi dan corak dapat kita tengok. Bukan sekadar sedap tapi sangat comel-comel. Kadang-kadang sayang nak makan hehehe..Respi ini bella ambil daripada blog kak hana haNa's family.. Thanks a lot sis.. resepi akk sangat sedap dan gebuss!!




Bahan-bahan

  • 3 biji telur Gred A - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum 
  • 220 gm gula halus -  kurangkan sedikit 200g
  • 170 gm susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete 
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila - dapat kurangkan bau telur Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna



Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 7 minit sehingga likat dan agak ringan. (jangan lebih daripada masa yang ditetapkan kerana akan menyebabkan banyak angin masuk dan apam berlubang-lubang dan kurang cantik)
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4.  Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7.  Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.
*tudung kukusan dibalut dengan aluminium foil: supaya wap air tidak jatuh ke atas permukaan apam.



sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang..
:



No comments:

Post a Comment