Monday, 13 May 2013

Resepi kek pisang gebu


Apakabar semua? harap sentiasa sihat. Entry kali ini bella nak kongsikan resepi kek pisang. Sebenarnya sekarang ni mood diet tp disebabkan kesian dengan pisang kapas yang duk tegolek atas meja tu so bella pun bermaraton di alam maya mencari resepi kek pisang. alhamdulillah bella jumpa satu resepi yang menarik hati.  Tapi bella mintak maaf sebab lupa link blog empunya resepi..

ampunnnnn.. hehe



Bahan-bahan:

1 ¾ cawan self rising flour
1 cawan pisang
¾ gula
¾ minyak
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk vanilla
4 biji telur gred A

Cara-cara:

1. Masukkan telur ke dalam mixer dan pukul sehingga gebu. 

2. Kemudian masukkan gula, pisang dan minyak.

3. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati

4. Bakar selama 1 jam dengan  suhu 160 c (bergantung pd oven)

* pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu.
*semasa panaskan ketuhar letakkan loyang yang digriskan dengan  
  minyak supaya apabila kek masak nanti ianya senang untuk  
  dikeluarkan.









No comments:

Post a Comment