Monday, 13 May 2013

Resepi kek pisang gebu


Apakabar semua? harap sentiasa sihat. Entry kali ini bella nak kongsikan resepi kek pisang. Sebenarnya sekarang ni mood diet tp disebabkan kesian dengan pisang kapas yang duk tegolek atas meja tu so bella pun bermaraton di alam maya mencari resepi kek pisang. alhamdulillah bella jumpa satu resepi yang menarik hati.  Tapi bella mintak maaf sebab lupa link blog empunya resepi..

ampunnnnn.. hehe



Bahan-bahan:

1 ¾ cawan self rising flour
1 cawan pisang
¾ gula
¾ minyak
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 sk vanilla
4 biji telur gred A

Cara-cara:

1. Masukkan telur ke dalam mixer dan pukul sehingga gebu. 

2. Kemudian masukkan gula, pisang dan minyak.

3. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati

4. Bakar selama 1 jam dengan  suhu 160 c (bergantung pd oven)

* pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu.
*semasa panaskan ketuhar letakkan loyang yang digriskan dengan  
  minyak supaya apabila kek masak nanti ianya senang untuk  
  dikeluarkan.









Sunday, 12 May 2013

Resepi apam dot-dot comel


     Hujung minggu begini kebanyakan yang bekerja menghabiskan masa untuk berehat bersama keluarga. Pentingnya kita luangkan sedikit masa bersama keluarga supaya dapat menyemai kasih sayang diantara ahli keluarga. Melalui pembacaan bella di beberapa blog, disini bella ingin kongsikan beberpa tips untuk membentuk keluarga bahagia.. Tips ini dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah, 7 tip ini berdasarkan contoh keluarga rasulullah SAW yang memberi keseimbangan di dunia dan akhirat:


“Asas pertama membina keluarga bahagia ialah keimanan serta ketakwaan kepada Allah. 

“Dalam surah Ali-Imran ayat 133, Allah berfirman yang maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa.” 

“Hanya mereka yang memiliki keimanan dan ketakwaan kepada Allah mampu melayari kehidupan berumah tangga yang bahagia,” katanya.

Dalam memilih pasangan hidup, katanya Rasulullah SAW memberi panduan iaitu pilih yang beriman dan bertakwa kepada Allah. 

“Jika kita pilih pasangan yang memiliki ciri-ciri ini, akan bahagia dunia dan akhirat,” katanya. 

Asas kedua ialah kasih sayang yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w melalui kata-kata dan perbuatan. 

“Suami boleh memanggil isteri dengan panggilan sayang atau intan kerana ia memberi suasana harmoni dalam rumah tangga. 

“Selain memanggil pasangan dengan panggilan elok, kasih sayang juga perlu ditunjukkan menerusi kebiasaan memberi hadiah, sentuhan, khidmat serta meluangkan masa bersama,” kata Wan Akashah. 

Katanya, untuk hidup seimbang, umat Islam perlu ada empat unsur iaitu fizikal (menjaga makan minum), emosi (n kasih sayang), rohani (ibadat kepada Allah) dan akal (ilmu). 

Selain itu, pasangan suami isteri perlu menjaga pergaulan, amanah dan tanggungjawab, menyediakan rezeki halal, berdoa kepada Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa. 

Siti Nor Bahyah berkata, dalam pergaulan suami isteri, berbicara dengan penuh lemah lembut dengan mengikut cara Rasulullah s.a.w melayan isterinya, Khadijah. 

“Ketika Khadijah ingin menghidangkan makanan kepada Rasulullah, Jibril memberitahu Baginda akan kedatangan Khadijah yang membawa makanan. 

“Jibril meminta Baginda menyampaikan salam Jibril dan salam daripada Allah yang sudah membina istana untuk Khadijah di syurga. 

“Jibril memberitahu Allah memberi penghormatan kepada dua perkara yang dilakukan Khadijah kepada Rasulullah SAW iaitu tutur katanya yang lembut dan layanan baik,” katanya. 

Justeru, katanya suami isteri yang mahu balasan syurga, berkatalah dengan lemah lembut dan berikan layanan baik kepada pasangan. 

Menurutnya, umat Islam juga perlu memberi perhatian kepada sumber rezeki kerana ia membantu keluarga mencapai kebahagiaan. 

Rasulullah SAW menjelaskan bahawa makan yang dimakan akan menjadi darah daging. 

“Makanan yang haram tempatnya di neraka sementara makanan daripada sumber halal serta suci membolehkan doa dimakbulkan.

APAM DOT-DOT:

Sebenarnaya dah berkali-kali Bella buat apam dot-dot ini. Tapi tak berkesempatan untuk uplodkan resepinya di alam maya ini. Apam dot-dot ini sangat popular sekarang, macam-mcam versi dan corak dapat kita tengok. Bukan sekadar sedap tapi sangat comel-comel. Kadang-kadang sayang nak makan hehehe..Respi ini bella ambil daripada blog kak hana haNa's family.. Thanks a lot sis.. resepi akk sangat sedap dan gebuss!!




Bahan-bahan

  • 3 biji telur Gred A - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum 
  • 220 gm gula halus -  kurangkan sedikit 200g
  • 170 gm susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete 
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila - dapat kurangkan bau telur Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna



Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 7 minit sehingga likat dan agak ringan. (jangan lebih daripada masa yang ditetapkan kerana akan menyebabkan banyak angin masuk dan apam berlubang-lubang dan kurang cantik)
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4.  Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
  7.  Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah.
*tudung kukusan dibalut dengan aluminium foil: supaya wap air tidak jatuh ke atas permukaan apam.



sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang..
:



Thursday, 9 May 2013

Resepi puding roti butterscotch & sos kastad


Rasanya lama dah tak update blog ni.. pandang kanan pandang kiri YA ALLAH banyaknya sawang

hehehehehehehehehehe....

sebenarnaya bukan tak nak update blog tp disebabkan banyak hal yang berlaku kebelakangan ini terpaksalah bella stop aktiviti berbelog ni ha.. disebabkan minggu ini dah takde keje dan kebetulan tengok banyak gambar makanan yang diambil tapi tak ditulis entrynya maka timbullah rasa rajin nak menaip...


kita mulakan entry kali ini dengan resepi puding roti butterscotch & sos kastad. Sebelum ni bella hanya gunakan roti gardinea biasa je nak buat puding roti, tapi kali ini bella guna roti butterscotch. Ini disebabkan pengaruh di dapur "mat gebu"dapur tanpa sempadan.. alhmdulillah berkat ambil respi dia jadilah puding roti tersebut.. sangat sedap. jom bela kongsikan resepi tersebut:

BAHAN-BAHANNYA:
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong 6
2 sb coklat cip
1 cawan susu segar *
1 biji telur gread A*
1 sb gula halus*
1 sk esen vanilla*
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan*
Sedikit mentega

BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :
1 cawan susu segar
2 camca besar air
1 sb gula halus
1 sb  tepung kastard

1/2 sk esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :


  1. Untuk puding roti: Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau sehingga sebati, ketepikan. Lenser loyang dengan mentega. Susun setengah bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip. Susun baki roti. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti. Biar hingga cecair terserap. Taburkan baki coklat cip diatasnya dan letakkan mentaga sedikit diatasnya.
  2. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 C, selama 30 minit. Bila pudding masak, biarkan didalam oven sekejap selepas itu keluarkan dan biarkan hingga sejuk.
  3. UNTUK SOS KASTARD :- satukan air dan kastad dan kacau sehingga sebati, ketepikan. Masukkan bahan lain seperti susu + gula dan kacau selepas itu tambah kasad yang telah diketepikan tadi. kacau sehingga sebati kemudian masukkan esen. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat.