Hujung minggu begini
kebanyakan yang bekerja menghabiskan masa untuk berehat bersama keluarga.
Pentingnya kita luangkan sedikit masa bersama keluarga supaya dapat menyemai
kasih sayang diantara ahli keluarga. Melalui pembacaan bella di beberapa blog,
disini bella ingin kongsikan beberpa tips untuk membentuk keluarga bahagia..
Tips ini dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah, 7 tip ini berdasarkan contoh
keluarga rasulullah SAW yang memberi keseimbangan di dunia dan akhirat:
“Asas pertama membina
keluarga bahagia ialah keimanan serta ketakwaan kepada Allah.
“Dalam surah Ali-Imran
ayat 133, Allah berfirman yang maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan
dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang
disediakan untuk orang yang bertakwa.”
“Hanya mereka yang
memiliki keimanan dan ketakwaan kepada Allah mampu melayari kehidupan berumah
tangga yang bahagia,” katanya.
Dalam memilih pasangan
hidup, katanya Rasulullah SAW memberi panduan iaitu pilih yang beriman dan
bertakwa kepada Allah.
“Jika kita pilih
pasangan yang memiliki ciri-ciri ini, akan bahagia dunia dan akhirat,”
katanya.
Asas kedua ialah kasih
sayang yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w melalui kata-kata dan perbuatan.
“Suami boleh memanggil
isteri dengan panggilan sayang atau intan kerana ia memberi suasana harmoni
dalam rumah tangga.
“Selain memanggil
pasangan dengan panggilan elok, kasih sayang juga perlu ditunjukkan menerusi kebiasaan
memberi hadiah, sentuhan, khidmat serta meluangkan masa bersama,” kata Wan
Akashah.
Katanya, untuk hidup
seimbang, umat Islam perlu ada empat unsur iaitu fizikal (menjaga makan minum),
emosi (n kasih sayang), rohani (ibadat kepada Allah) dan akal (ilmu).
Selain itu, pasangan
suami isteri perlu menjaga pergaulan, amanah dan tanggungjawab, menyediakan
rezeki halal, berdoa kepada Allah dan berbuat baik kepada ibu bapa.
Siti Nor Bahyah berkata,
dalam pergaulan suami isteri, berbicara dengan penuh lemah lembut dengan
mengikut cara Rasulullah s.a.w melayan isterinya, Khadijah.
“Ketika Khadijah ingin
menghidangkan makanan kepada Rasulullah, Jibril memberitahu Baginda akan
kedatangan Khadijah yang membawa makanan.
“Jibril meminta Baginda
menyampaikan salam Jibril dan salam daripada Allah yang sudah membina istana
untuk Khadijah di syurga.
“Jibril memberitahu
Allah memberi penghormatan kepada dua perkara yang dilakukan Khadijah kepada
Rasulullah SAW iaitu tutur katanya yang lembut dan layanan baik,”
katanya.
Justeru, katanya suami
isteri yang mahu balasan syurga, berkatalah dengan lemah lembut dan berikan
layanan baik kepada pasangan.
Menurutnya, umat Islam
juga perlu memberi perhatian kepada sumber rezeki kerana ia membantu keluarga
mencapai kebahagiaan.
Rasulullah SAW
menjelaskan bahawa makan yang dimakan akan menjadi darah daging.
“Makanan yang haram
tempatnya di neraka sementara makanan daripada sumber halal serta suci
membolehkan doa dimakbulkan.
APAM
DOT-DOT:
Sebenarnaya
dah berkali-kali Bella buat apam dot-dot ini. Tapi tak berkesempatan untuk
uplodkan resepinya di alam maya ini. Apam dot-dot ini sangat popular sekarang,
macam-mcam versi dan corak dapat kita tengok. Bukan sekadar sedap tapi sangat
comel-comel. Kadang-kadang sayang nak makan hehehe..Respi ini bella ambil
daripada blog kak hana haNa's family..
Thanks a lot sis.. resepi akk sangat sedap dan gebuss!!

Bahan-bahan
- 3 biji telur Gred A - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus - kurangkan
sedikit 200g
- 170 gm susu segar@susu cair
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- 1 1/2 sudu kecil esen vanila - dapat
kurangkan bau telur Filling blueberry@strawberry
secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
- Pewarna
Cara-cara
- Masukkan
semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 7
minit sehingga likat dan agak ringan. (jangan lebih daripada masa yang
ditetapkan kerana akan menyebabkan banyak angin masuk dan apam berlubang-lubang
dan kurang cantik)
- Bahagikan
adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan
setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
- Picitkan
sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan
blueberry@strawberry filling secukupnya.
- Picitkan
lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.
- Kukus
didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu
besar bimbang apam akan merekah.
*tudung kukusan dibalut dengan aluminium foil: supaya wap air
tidak jatuh ke atas permukaan apam.
sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang..
: